Kasih kepada mu ya Allah tuhan sekalian alam, yang telah menjadikan sekalian alam. tetapkanlah aku untuk bergantung padamu. tetapkanlah aku, kaum kerabatku, keturunan dan sahabatku kejalan yang engkau redhai, kasihlah kami ya Allah. Pandanglah kami dengan pandangan kasihmu ya Allah. Alhamdulillah beberapa hari yang lepas akhirnya aku dimaklumkan bahwa perjuangan menyelesaikan master dah benar benar diperingkat penjilidan. kedua dua examiner dah mengesahkan aku lulus. Memang banyak hikmahnya disebalik perjalanan aku mendapatkan segulung kertas yang sebenarnya tak membawa erti apa apa pun.Syukur. Alhamdulillah.Maha suci Allah.Tuhan sekalian alam. Muhammad Rasulullah
Penulisan tesis tersebut tak mungkin siap kalau bukan kerana berkat doa dan didikan orang disekeliling
Ribuan terima kasih buat bonda Rokiah Puteh, dan Allahyarham Rahmat Akasah, Abang Abdul Khaliq Rahmat, adik adik Mazianah dan Marsitah.
Salam cinta untuk isteri Nor Azira Ghani, puteri kesayangan bak Nur Zahraa Batrisyia
Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih buat penyelia Dr. Harlina Suzana Jaafar dan suami Dr. Nasrudin Faisol diatas kesabaran, sokongan berterusan dan didikan.
Buat teman teman seperjuangan khazizul maulod (b0b), fadil, syed khairi, rijalul fahmi
dan semua yang saya tak tulis didalam ni..
Semoga Allah membalas jasa baik semua.
No comments:
Post a Comment