Monday, December 3, 2012

Transcribing : Satu Penyeksaan

Ya..memang... ianya adalah satu penyeksaan ....JIKALAU...paymentnya rendah..berdasarkan pengalaman aku, untuk kerja transcribing audio yang panjangnya satu jam, dan kualiti audio nya bagus mudah di dengar, paling bodoh akan memakan masa sebanyak 24-30 jam!!itu kalau anda adalah seorang yang mempunai kebolehan menaip purata 30-40 perkaaan dalam seminit, (ok uji  kebolehan anda menaip dlam masa seminit disini: http://www.typingtest.com/)  tak percaya?? cuba lah buat sendiri..Jadi payment untuk kerja transcribing kalau ditawarkan sebanyak RM5- RM10 setiap muka surat...aku sarankan jangan terima.. itu adalah nilai yang rendah pada tahap morbid. Nilai yang boleh diterima adalah bermula pada RM11 ke atas. Tolong sediakan agreement sebelum menerima job. agreement mestilah termasuk font size ( font size 12 ke atas) dan format. Aku dah tak sanggup nak ambil transcribing untuk orang lain. ianya adalah kerja yang paling tidak produktif KALAU dibayar RM5-RM7 setiap page... malahan ianya adalah kerja yang agak menyengal. Kerja transcribing lebih mudah jikalau anda tahu hot keys pada keyboard untuk proses stop and play.  ketangkasan ini membantu mempercepatkan kerja. Pengetahuan dalam topik dalam audio juga banyak membantu seorang transcriber mengenalpasti jargon atau istilah khas untuk topik yang telah dirakam. Contohnya seseorang yang dah biasa dengan topik dalam HR dan tak pernah tahu menahu perihal atau istilah dalam Logistics pasti akan menghadapi kesukaran mengenalpasti ayat ayat seperti transhipment, unloading, container, TEUs dan sebagainya. Begitu juga seorang engineer, pasti sedikit pening bila berhadapan dengan istilah istilah dalam dunia IT, dunia medic, atau topic alam ghaib. Itu terpulang pada sejauh mana pengalaman dan pengetahuan transcriber, pokoknya itu adalah kebarangkalian kesukaran yang biasa dihadapi dalam tugas transcribing. Alat pendengaran yang bagus dan selesa juga amat penting, sebab kalau korang pakai yang cokia punya mau berbirat telinga , lebih teruk lagi boleh berasap telinga korang. Untuk mendapat job transcribing ni ikut rezeki lah, tapi di Malaysia memang kurang syarikat yang menyediakan perkhidmatan ni. So ambil lah peluang ni, buat iklan banyak2, tapi bersedia lah telinga korang lepas tu. Ok selamat lah bertranscribing..

No comments: